tetapi ape yang aq nk kongsi disini adalah tip2 dan pemanduan ketika memandu di highway.jom share pengalaman ckit korang tuu...hahahha..tp sebelum tuu jom aq share ckit pengalam aq memandu di highway..pengalaman pertama aq memandu di highway adalah ketika aq berusia 21 dan skrg dh 22 tahun ketika itu aq memandu dr highway Ayer Hitam terus ke felda Tenggaroh, mersing johor(kalu x silap)..ngan sape aq memandu n tujuan pe secret eaa..rahsia x boley gtau... t gosip plak..adusss dah laa first time memandu kereta manual nie maklum la keta ayh aq auto beb kata owg keta mahal biarpon kenari ja pon .sekali tekan je jalan mcam remote control je. nie x nk kena men tekan2 clutch ag ..sekali sekala nk ja tanye owg sebelah aq tuu "nape ayh awk x beli keta auto dlu"wahahaha...ummm kemudian aq msuk ler plaza tol ayer hitam tuu ..melepasi ja plaza tol tu aq pelik la mengapa ada 3 lorong nie???????hahaha 3 lorong tu tok pe jab ag aq share eaa..kemudian yang aq heran mengapa asal aq memandu lorong paling kanan diaorg asyik lip lap lampu ja??nk tau kenape ...baca lg bawah jab ag...wahahah pas 2 penah x korang terlepas simpan kt higyway tuu????waahahah nie pon 1 citer ag cm mna laa agak2 kalu terlepas simpang kt highway korang bley u - turn balik ke???tuu laa silap aq tgh2 syok drive dan speding tiba2 ja terlepas simpang..wahahaha..best2. x pon cm mna nk wat kalu korang dh salah msuk simpang ketika membayar tol..skrg lihat eaa tips2 pemanduan kt highway . aq share tips nie x nk korang semua alami masalah yg sama cm aq nie.....kata owg pengalaman mendewasakan kiter...........jom tgk tips kt bawah nie:
Jangan memandu secara merbahaya.
Jangan memandu secara merbahaya.
- Memandu secara berbahaya seperti mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat atau memotong dengan cara yang berbahaya boleh menyebabkan kemalangan.
- Pastikan kenderaan anda sentiasa berada di lorong utama walaupun anda memandu pada kelajuan maksimum yang dibenarkan.
- Tindakan anda memandu di lprong memotong bolah mengangu kenderaan lain yang menggunakan lorong utama untuk memotong kenderaan anda.
.Pandu mengikut had laju yang telah ditetapkan
- Had laju yang telah ditetapkan di lebuh raya ialah 90km/j dan 11km/j.
- Memandu dengan terlalu laju boleh menyukarkan anda mengawal kenderaan.
- Memandu terlalu laju memerlukan anda melihat lebih jauh ke hadapan.
Ketika memotong kenderaan lain di lebuh raya
- Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memerhatikan kenderaan lain.
- Apabila anda berasa selamat untuk memotong,beri lampu isyarat yang betul untuk memotong.
- Setelah memotong,pastikan anda segera kembali ke lorong utama.
Jangan berhenti di lorong kecemasan
- Lorong kecemasan hanya boleh digunakan ketika berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan.
- Pastikan lampu isyarat kecemasan sentiasa dinyalakan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
- Jangan memotong kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan walaupun berlaku kesesakan lalu lintas kerana ia akan merumitkn lagi kenderaan.
- Lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan bantuan seperti Polis,Bomba dan Ambulans yang perlu segera sampai ke tempat kejadian
Jangan memandu lebih dari dua jam tanpa henti
- Ia akan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk.
- Kongsi pemanduan anda.Tukar pemandu setiap dua jam walaupun anda tidak rasa mengantuk.
Merbahaya..Memandu ketika mengantuk akan membawa padah-Gamabr hiasanJangan memandu ketika mengantuk
- Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedy.Tiada cara lain untuk mengelakkan dari keletihan atau mengantuk selain dari berhenti rehat dan tidur untuk seketika.
Tanda-tanda rasa mengantuk
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, besar kemungkinan anda akan mudah terdedah kepada kemalangan.Pastikan anda mengambil langkah-langkah yang wajar apabila anda merasai tanda-tanda berikut.
- Pedih mata atau berat mata.
- Berangan-angan
- Lambat bertindak
- Keletihan seluruh badan
- Penukaran gear lemah
- Bertambah kelajuan atau berkurangan kelajuan
- Telinga berdesing atau berdengung

Pengambilan ubat sebelum memandu akan membuatkan rasa mengantuk_Gambar Hiasan
Bagaimana hendak mengelakkan mengantuk sebelum memulakan perjalanan anda.
- Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga.
- Memulakan perjalan jauh di waktu pagi,selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.
- Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.
- Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.
- Jangan mengambil minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.
Sumber :Variasi,Metro Harian


No comments:
Post a Comment